ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999
BAHAGIAN XXII - WANG DAN HARTA DALAM MAHKAMAH
Seksyen 216. Cara membayar.
(1) Pembayaran daripada Mahkamah-
(a)
jika tidak melebihi lima puluh ringgit, boleh dibuat secara tunai; dan
(b)
jika lima puluh ringgit atau lebih, hendaklah dibuat melalui cek yang kena dibayar kepada penerima, dipalang dan diindorskan "tak boleh niaga" dan ditanda "Boleh dibayar hanya dalam masa 90 hari dari tarikh".
(2) Cek yang tidak ditunaikan dalam masa sembiIan puluh hari dari tarikh cek itu boleh diperbaharui atau diganti.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.