ENAKMEN 13 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1984

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Bab 1 - Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 92. Had kuasa bagi penjaga yang dilantik oleh Mahkamah

(1) Seseorang penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak yang dilantik oleh Mahkamah tidak boleh, tanpa kebenaran Mahkamah-

(2) Kemungkiran mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan terhadap Mahkamah dan Mahkamah, sebagai tambahan kepada hukuman yang dijatuhkan itu bolehlah memerintahkan orang yang disabitkan kesalahannya itu membayar kepada kanak-kanak itu wang pampasan yang tidak lebih daripada nilai harta itu.

(3) Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah di bawah subseksyen (2) melainkan jika perlu atau baik bagi kepentingan kanak-kanak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.