ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN VII - HADHANAH



Seksyen 77. Orang-orang yang berhak kepada hadhanah.

(1) Tertakluk kepada seksyen 72, bapa adalah penjaga yang utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila bapa telah mati, hak menjaga anaknya itu turun kepada orang-orang yang ditetapkan oleh Hukum Syarak.

(2) Seorang bapa berkuasa, melalui wasiat membuat apa-apa perkiraan yang difikirkannya baik bagi penjagaan anak-anaknya yang masih kanak-kanak dan perlindungan kepentingan mereka:

Dengan syarat bahawa bapa itu siuman ketika membuat wasiat itu.

(3) Seksyen-kecil (1) tidak boleh dipakai jika wasiat yang meletakhak harta pada anak itu jelas tidak membenarkan penjaga itu menjalankan apa-apa kuasa ke atas harta itu, dan dalam hal yang demikian Mahkamah boleh atas permohonannya melantik seorang lain sebagai penjaga bagi harta kanak-kanak itu.

(4) Bagi maksud seksyen ini seorang yang berumur di bawah lapan belas tahun hendaklah disifatkan sebagai kanak-kanak.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.