ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 25. Memakan dan menjual dalam bulan Ramadan.

(1) Mana-mana orang yang pada siang hari di dalam bulan Ramadan menjual sebarang makanan, minuman atau tembakau kepada mana-mana orang yang beragama Islam untuk dimakan atau dihisap dengan serta-merta; atau

(2) Mana-mana orang yang akil baligh menurut Agama Islam pada siang hari di dalam bulan Ramadan memakan sebarang makanan, minuman atau menghisap tembakau adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.