ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002


JADUAL KEDUA.

(Subseksyen 7 (2))

PROSIDING YANG HENDAKLAH DIMULAKAN DENGAN PERMOHONAN

Perkara-perkara yang berhubungan dengan undang-undang diri dan keluarga seperti yang berikut:

Keizinan untuk melangsungkan perkahwinan seseorang orang belum dewasa

Pelantikan wali am

Perintah bagi pendaftaran perkahwinan yang dilangsungkan berlawanan dengan undang-undang

Anggapan kematian

Pelantikan penjaga harta seseorang orang belum dewasa

Perintah bagi penjagaan bersama harta seseorang orang belum dewasa

Perintah bagi pengubahan kuasa penjaga harta seseorang orang belum dewasa

Perintah bagi pemecatan penjaga harta seseorang orang belum dewasa

Kebenaran bagi pelupusan harta seseorang orang belum dewasa

Kebenaran untuk menyara seseorang orang belum dewasa daripada pendapatan hartanya

Perintah bagi penggunaan harta modal untuk menyara seseorang orang belum dewasa

Perintah larangan yang berhubungan dengan harta seseorang orang belum dewasa Injunksi yang menghalang anak dibawa keluar dari Malaysia

Perintah untuk mengetepikan, dan injunksi yang menghalang, pelupusan harta untuk mengecewakan tuntutan nafkah

Injunksi terhadap perkosaan oleh suami atau isteri atau bekas suami atau isteri

Pengiktirafan perkahwinan yang diijabkabulkan di luar Negeri Pahang (Pengakuterimaan paterniti)

Pengesahan pengakuterimaan paterniti oleh perempuan dalam ‘eddah (Pembahagian harta pusaka)




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.