ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB VIII - DARIHAL ADUAN KEPADA KADI



Seksyen 74. Penangguhan pengeluaran proses Mahkamah.

Jika Kadi ada was-was yang munasabah di atas kebenaran sesuatu aduan mengenai suatu kesalahan yang dia berkuasa mengambil ketahui, dia boleh, apabila pengadu itu telah diperiksa, merekodkan sebabnya yang menimbulkan was-was di atas kebenaran aduan itu dan kemudiannya boleh menangguhkan pengeluaran proses Mahkamah bagi memaksa kehadiran orang yang diadukan itu dan sama ada menyiasat hal itu sendiri atau mengarah seseorang Pemeriksa Agama membuat siasatan-siasatan bagi maksud menentukan kebenaran atau kepalsuan aduan itu dan melaporkan kepadanya hasil siasatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.