ENAKMEN 3 TAHUN 1997
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1997

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 1 - DARIHAL BIDANG KUASA MAHKAMAH DALAM PERBICARAAN



Seksyen 71. Apabila timbul keraguan, Ketua Hakim Syar'i hendaklah membuat keputusan.

Bilamana timbul apa-apa keraguan tentang Mahkamah yang manakah yang hendaklah, menurut peruntukan Bab ini, membicarakan apa-apa kesalahan, Ketua Hakim Syar'i boleh memutuskan di Mahkamah yang manakah kesalahan itu hendaklah dibicarakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.