ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal keterangan palsu dan kesalahan-kesalahan terhadap keadilan awam



Seksyen 95. Mendapat dengan tipuan suatu dikri atau perintah tuntutan sejumlah wang yang tidak patut dibayar.

Mana-mana orang yang dengan tipuan mendapat suatu dikri atau perintah ke atas mana-mana orang kerana tuntutan sejumlah wang yang tidak patut dibayar, atau untuk sejumlah wang yang lebih besar daripada yang patut dibayar, atau untuk apa-apa harta atau kepentingan atas harta yang ia tiada berhak, atau dengan tipuan menyebabkan suatu dikri atau perintah dilaksanakan ke atas mana-mana orang setelah dikri atau perintah itu ditunaikan, atau untuk apa-apa perkara yang telah ditunaikan, atau dengan tipuan membiar atau membenarkan apa-apa perbuatan itu dilakukan atas namanya, adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.