ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Seksyen 13. Persetujuan dikehendaki
Sesuatu perkahwinan adalah tidak diiktiraf dan tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan jika kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya, dan sama ada—
(
a
) wali pihak perempuan telah bersetuju terhadap perkahwinan itu mengikut Hukum Syarak; atau
(
b
) Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermastautin atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Hakim Syarie itu telah, selepas siasatan yang sewajarnya di hadapan semua pihak yang berkenaan, memberi persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan oleh wali Raja mengikut Hukum Syarak; persetujuan itu boleh diberikan jika perempuan itu tiada mempunyai wali dari
nasab
mengikut Hukum Syarak atau jika wali tidak dapat ditemui atau jika wali enggan memberikan persetujuannya tanpa sebab yang mencukupi.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.