ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB II - Qarinah
Kenyataan Oleh Orang Yang Tidak Boleh Dipanggil Sebagai Saksi



Seksyen 21. Perkaitan keterangan tertentu bagi membuktikan dalam prosiding yang terkemudian tentang kebenaran nyataan yang disebut di dalamnya.

Keterangan yang diberi oleh seseorang saksi dalam suatu prosiding kehakiman atau di hadapan seseorang yang dibenarkan oleh undang-undang untuk mengambil keterangan adalah berkaitan dalam suatu prosiding kehakiman terkemudian atau pada suatu peringkat yang terkemudian dalam prosiding kehakiman yang sama, bagi maksud membuktikan kebenaran nyataan yang dinyatakan olehnya, apabila saksi itu telah mati atau tidak dapat dijumpai atau tidak berdaya memberi keterangan atau dihalang daripada memberi keterangan oleh pihak lawannya, ataupun kehadirannya tidak boleh didapatkan tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat Mahkamah tidak berpatutan memandang kepada hal keadaan itu:

Dengan syarat bahawa-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.