ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXXIII - PERUNTUKAN AM



Seksyen 248. Fee, Deposit dan perbelanjaan.

Apabila fee atau deposit dikenakan mengenai apa-apa tindakan, atau apa-apa perbelanjaan perlu dibuat untuk melakukan sesuatu tindakan itu, pegawai yang bertugas untuk melakukan tindakan itu tidak perlu membuat sesuatu sehingga fee atau deposit atau jumlah bayaran itu telah dibayar dahulu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.