ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN II
MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH



Seksyen 29. Rahsia.

Prosiding Majlis hendaklah dirahsiakan dan tiada seorang pun ahli atau pengkhidmatnya boleh mendedahkan atau membuka kepada mana-mana orang selain daripada Yang di-Pertua Negeri, Menteri, dan mana-mana ahli Majlis, apa-apa perkara yang telah berbangkit dalam mana-mana mesyuarat melainkan jika dia dibenarkan dengan nyata oleh Majlis untuk berbuat demikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.