ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 2 - PERINTAH INTERIM DAN LAIN-LAIN



Seksyen 207. Perintah pembayaran pendapatan daripada harta atau serahan harta alih.

Jika apa-apa harta alih atau tak alih rnenjadi hal-perkara mana-mana prosiding, dan Mahkamah berpuas hati bahawa ia lebih daripada mencukupi untuk menjawab semua tuntutan ke atasnya yang peruntukan-peruntukan baginya sepatutnya dibuat dalam prosiding itu, Mahkamah boleh, pada bila-bila masa, membenarkan kesemua atau sebahagian daripada pendapatan daripada harta itu dibayar, selama suatu tempoh yang diarahkan oleh Mahkamah itu, kepada mana-mana atau semua pihak atau memerintahkan bahawa mana-mana bahagian harta alih itu dipindah atau diserahkan kepada mana-mana atau kesemua pihak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.