ENAKMEN 9 TAHUN 1995
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995

BAHAGIAN VII - PENYUBAHATAN DAN PERCUBAAN



Seksyen 47. Penyubahat.

Seseorang adalah menyubahati sesuatu kesalahan jika dia sama ada bersubahat dalam pelakuan sesuatu kesalahan, atau bersubahat dalam pelakuan sesuatu perbuatan yang akan menjadi suatu kesalahan sekiranya dilakukan oleh seseorang yang berupaya di sisi undang-undang melakukan sesuatu kesalahan dengan niat atau pengetahuan yang sama dengan niat atau pengetahuan pensubahat itu.

Huraian 1 - Menyubahati dalam peninggalan sesuatu perbuatan dengan menyalahi undang-undang boleh terjumlah kepada suatu kesalahan, sungguhpun penyubahat itu sendiri tidak terikat untuk melakukan perbuatan itu.

Huraian 2 - Untuk mewujudkan kesalahan penyubahatan tidaklah perlu bahawa perbuatan yang disubahati itu dilakukan atau bahawa kejadian yang cukup bagi mewujudkan kesalahan itu telah disebabkan berlaku.

MISALAN
Huraian 3 - Tidaklah perlu bahawa orang yang disubahati itu berupaya di sisi undang-undang untuk melakukan sesuatu kesalahan, atau bahawa dia sepatutnya mempunyai niat atau pengetahuan salah yang sama dengan niat atau pengetahuan salah penyubahat itu, atau mempunyai apa-apa niat atau pengetahuan salah.

MISALAN

Huraian 4 - Oleh sebab penyubahatan sesuatu kesalahan adalah suatu kesalahan maka menyubahati penyubahatan itu adalah juga suatu kesalahan.

MISALAN
Huraian 5 - Untuk mewujudkan kesalahan penyubahatan dengan pakatan jahat tidaklah perlu bahawa penyubahat itu menyertai kesalahan itu bersama orang yang melakukannya. Adalah memadai jika dia mengambil bahagian dalam pakatan jahat itu dan kesalahan itu dilakukan pada menurut pakatan jahat itu




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.