ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN XV - PENDENGARAN



Seksyen 126. Susunan ucapan

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2)—

(2) Hakim yang di hadapannya suatu tindakan didengar boleh memberi arahan tentang pihak yang akan memulakan dan susunan ucapan pada perbicaraan itu, dan tertakluk kepada apa-apa arahan sedemikian, pihak yang akan memulakan hendaklah mempunyai hak memulakan penggulungan kesnya.

(3) Apabila plaintif telah mengemukakan semua keterangan bagi kesnya, Hakim hendaklah memanggil defendan untuk mengemukakan keterangan bagi menjawab tuntutan plaintif, dan dalam hal sedemikian defendan hendaklah diberi pilihan sama ada hendak mengemukakan keterangan atau mengemukakan hujah bahawa tiada kes perlu dijawab.

(4) Jika defendan memilih untuk mengemukakan keterangan, Hakim hendaklah menrekodkan keterangan yang dikemukakan sedemikian , dan setelah defendan memberikan semua keterangan bagi pihaknya, Hakim hendaklah meminta defendan membuat penghujahan untuk menutup kesnya.

(5) Apabila defendan telah menutup kesnya, Hakim hendaklah meminta plaintif mengemukakan hujahnya untuk menjawab hujah defendan dan untuk menutup kesnya.

(6) Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen ini tetapi tertakluk kepada subseksyen (7) dan (8), Hakim boleh memerintahkan mana-mana pihak supaya mengemukakan hujah bertulis mengikut apa-apa susunan dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang diarahkannya.

(7) Jika defendan memilih untuk tidak mengemukakan apa-apa keterangan tetapi memilih untuk mengemukakan hujah bahawa tiada kes untuk dijawab, Hakim hendaklah—

(8) Sebelum Mahkamah membenarkan tuntutan plaintif di bawah subseksyen (7), Mahkamah hendaklah—





Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.