ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 124. Poligami tanpa kebenaran Hakim Syariah.


Jika seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa dia masih beristerikan isterinya yang sedia ada tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Hakim Syariah maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau denda dan penjara itu kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.