ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN VII - MASJID



Seksyen 90. Tempoh jawatan Pegawai Masjid.

(1) Pelantikan seseorang Pegawai Masjid selain Imam dan Bilal bagi masjid yang ditetapkan di bawah subseksyen 88(2) atau disifatkan telah dilantik di bawah subseksyen 88(5) sebagai Pegawai Masjid, boleh ditamatkan dengan notis bertulis oleh Majlis.

(2) Tiada seorang pun Pegawai Masjid yang dilantik atau disifatkan dilantik di bawah subseksyen 88(5) boleh terus memegang jawatan itu selepas mencapai umur enam puluh tahun:

Dengan syarat bahawa Majlis boleh, jika difikirkannya sesuai, melantik mana-mana orang menjadi Pegawai Masjid walaupun orang itu telah mencapai umur enam puluh tahun atau melanjutkan tempoh perkhidmatan Pegawai Masjid yang telah mencapai umur enam puluh tahun.

(3) Setiausaha hendaklah memaklumkan kepada Majlis tentang kelakuan mana-mana Pegawai Masjid yang mencemarkan namanya, sama ada yang berhubungan dengan kewajipan-kewajipannya sebagai Pegawai Masjid atau selainnya dan membuat apa-apa syor yang munasabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.