ENAKMEN 7 TAHUN 2001
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR) (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN III - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA.



Seksyen 12. Pendapat yang bertentangan dengan fatwa.

Mana-mana orang yang memberikan, mengembangkan atau menyebarkan apa-apa pendapat tentang ajaran Islam, Hukum Syarak atau apa-apa isu yang bertentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang berkuat kuasa di Negeri Terengganu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.