ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN XVII - RAYUAN



Seksyen 144. Penggantungan pelaksanaan sementara menanti rayuan

Pemfailan suatu notis rayuan tidaklah berkuat kuasa sebagai penggantung pelaksanaan, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan dan apabila sebab yang mencukupi ditunjukkan, menggantung pelaksanaan atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.