ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN XI - AM



Seksyen 137. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah.

(1) Yang di-Pertua Negeri, atas nasihat Majlis, boleh melalui pemberitahuan dalam Warta membuat kaedah-kaedah untuk mengawal selia amalan dan tatacara dalam semua prosiding hal-ehwal suami-isteri di bawah Ordinan ini sebagaimana yang difikirkannya bermanfaat dan kaedah-kaedah untuk menetap dan mengawal selia fi dan kos yang kena dibayar dalam semua prosiding itu; tertakluk kepadanya itu, semua prosiding di bawah Ordinan ini hendaklah dikawal selia oleh amalan dan tatacara Mahkamah yang ditetapkan oleh Ordinan Mahkamah Syariah, 2001 [Bab 42] atau dalam mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan tatacara sivil atau jenayah bagi Mahkamah Syariah, setakat yang amalan dan tatacara itu tidak berlawanan dengan Ordinan ini.

(2) Mengenai perkara amalan dan tatacara dalam prosiding hal-ehwal suami-isteri yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Ordinan ini atau dalam mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Ordinan ini atau dalam Ordinan Mahkamah Syariah, 2001 [Bab 42], Mahkamah boleh menerima pakai apa-apa amalan dan tatacara yang difikirkannya wajar bagi mengelakkan ketidakadilan dan bagi menyelesaikan perkara-perkara yang dipersoalkan antara pihak-pihak.

(3) Yang di-Pertua Negeri, atas syor Majlis, boleh melalui pemberitahuan dalam Warta membuat kaedah-kaedah bagi maksud Ordinan ini dan, tanpa menyentuh keluasan yang tersebut itu, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan mengenai-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.