ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 66. Hak terhadap nafkah atau pemberian selepas perceraian

(1) Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada bekas suaminya di bawah suatu perintah Mahkamah hendaklah terhenti apabila tamat tempoh 'iddah atau apabila isteri menjadi nusyuz.

(2) Hak isteri yang diceraikan untuk menerima pemberian daripada bekas suaminya di bawah sesuatu perjanjian hendaklah terhenti atas perkahwinan semula isteri itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.