ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 2 - PERINTAH INTERIM DAN LAIN-LAIN



Seksyen 201. Perintah interim hadhanah.

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1984 [En. 13/84], atas permohonan mana-mana pihak dalam suatu kausa atau perkara untuk hadhanah seseorang kanak-kanak, sekiranya Mahkamah berpuas hati bahawa hal keadaan itu memerlukan perintah interim dibuat untuk hadhanah kanak-kanak itu, Mahkamah boleh membuat perintah tersebut yang hendaklah berkuatkuasa serta merta dan berterusan sehingga Mahkamah membuat keputusan berkenaan dengan kausa atau perkara itu.

(2) Permohonan di bawah seksyen ini tidak boleh dibuat sebelum tindakan dimulakan, kecuali dalam keadaan yang mendesak di mana kepentingan keadilan dan perlindungan pemohon atau kanak-kanak itu ternyata menghendaki campurtangan serta merta Mahkamah.

(3) Dalam keadaan yang rnendesak, permohonan boleh dibuat secara ex-parte yang disokong dengan afidavit dan afidavit itu hendaklah mengandungi pernyataan yang jelas dan ringkas-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.