ENAKMEN 10 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH

BAHAGIAN XIV - KETERANGAN
BAB 2 - SAPINA



Seksyen 102. Permintaan bagi pengeluaran sapina.

(1) Sebelum suatu sapina dikeluarkan suatu permintaan dalam Borang MS 20 bagi pengeluaran sapina itu hendaklah difailkan di Mahkamah; dan permintaan itu hendaklah mengandungi nama dan alamat pihak yang meminta sapina itu dikeluarkan jika dia bertindak secara sendiri, atau nama firma dan alamat perniagaan Peguam Syar'ie pihak itu.

(2) Pengeluaran sesuatu sapina adalah terlaksana sebaik sahaja sapina itu dimeteraikan oleh seorang pegawai Mahkamah.

(3) Sesuatu sapina hendaklah mengikut salah satu bentuk dalam Borang MS 21, MS 22 atau MS 23, mengikut kehendak kes.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.