ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA
Seksyen 7. Penamatan perlantikan.
Perlantikan ahli-ahli Majlis yang dilantik di bawah perenggan (
a
), (
b
), (
g
) dan (
h
)
subseksyen (1) seksyen 5 hendaklah tamat-
(a) atas kematiannya;
(b) jika dia, dengan surat yang dialamatkan kepada Yang di-Pertuan Agong melalui Pengerusi, meletakkan jawatannya; atau
(c) jika dia tidak berada di Malaysia, tanpa kebenaran bertulis dari Pengerusi bagi tempoh melebihi tiga bulan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.