ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN VI - MASUK AGAMA ISLAM



Seksyen 75. Perakuan masuk Islam.

(1) Pendaftar hendaklah memberikan kepada tiap-tiap orang yang kemasukan Islamnya telah didaftarkan suatu Perakuan Masuk Islam dalam borang yang ditetapkan. Perakuan masuk Islam untuk kanak-kanak hendaklah diberikan kepada keluarganya yang telahpun masuk Islam.

(2) Perakuan Masuk Islam hendaklah menjadi bukti muktamad akan hal-hal yang dinyatakan di dalamnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.