ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Iqrar
Seksyen 18. Kebolehterimaan iqrar
(1)
Iqrar
yang berikut tidak boleh diterima:
(a)
iqrar
seseorang yang tidak
'aqil baligh;
(b)
tertakluk kepada subseksyen (2),
iqrar
seseorang orang belum dewasa;
(c)
iqrar
orang gila atau orang terencat akal (
ma' tuh
);
(d)
iqrar
wali atau penjaga yang dibuat bagi pihak seseorang yang di bawah jagaan atau tanggungjawabnya;
(e) iqrar
yang tidak dibuat secara sukarela; atau
(f)
iqrar
seseorang yang dihalang di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk mentadbirkan hartanya (
mahjur a'laih
).
(2)
Iqrar
yang dibuat oleh seseorang orang belum dewasa yang
mumaiyiz
yang telah dibenarkan oleh wali atau penjaganya untuk menjalankan apa-apa perniagaan atau urusan boleh diterima setakat yang
iqrar
itu adalah berhubung dengan perniagaan atau urusan itu.
(3) Pihak yang mendapat faedah daripada sesuatu
iqrar
tidaklah semestinya seorang yang '
aqil baligh.
Huraian ---
Jika orang yang membuat
iqrar
menyatakan bahawa barang atau harta adalah bagi faedah orang belum dewasa yang belum
mumayyiz
,
iqrar
nya boleh diterima dan orang yang membuat
iqrar
itu adalah terikat dengan pernyataannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.