ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Waran Tangkap



Seksyen 72. Bentuk waran tangkap.

(1) Sesuatu waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah Enakmen ini hendaklah ditandatangani seperti yang diperuntukkan dalam borang yang ditetapkan dan hendaklah dimeteraikan dengan meterai atau cap Mahkamah.

(2) Sesuatu waran tangkap itu hendaklah berkuatkuasa sehingga ianya dibatalkan oleh Mahkamah yang mengeluarkannya atau hingga ianya telah dilaksanakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.