ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN II - PENUBUHAN MAJLIS
Peraturan Mesyuarat



Seksyen 23. Menjalankan urusan.


(1) Kecuali peruntukan telah nyata dibuat dalam Enakmen ini, semua urusan Majlis hendaklah dijalankan di dalam mesyuarat yang dipanggil menurut peraturan dan mengikut ketetapan yang dibuat atas lebih suara ahli-ahli yang hadir dan yang berhak mengundi.

(2) Ketetapan yang bertulis yang telah ditandatangani oleh semua ahli-ahli Majlis, melainkan dalam sesuatu perkara khas atau sesuatu jenis perkara-perkara khas yang diperintahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan sebaliknya, hendaklah ada kuatkuasanya sama dengan ketetapan yang sempurna diluluskan di bawah seksyen - kecil (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.