ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK



Seksyen 28. Kerahsiaan.

Prosiding Majlis hendaklah dirahsiakan dan tiada seorang pun ahli atau pengkhidmatnya boleh mendedahkan atau membuka kepada sesiapa kecuali Duli Yang Maha Mulia Sultan, Menteri Besar dan mana-mana ahli Majlis apa-apa perkara yang telah berbangkit dalam mana-mana mesyuarat melainkan jika dia dibenarkan dengan nyata oleh Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.