ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004

BAHAGIAN III - KEWANGAN
Tatacara Kewangan Majlis



Seksyen 49. Akaun dan Audit

(1) Majlis hendaklah menyimpan akaun dan rekod-rekod lain yang betul mengenai dengan perjalanan Kumpulan Wang dan hendaklah menyediakan penyata akaun setiap tahun.

(2) Akaun Kumpulan Wang hendaklah diaudit setiap tahun oleh Ketua Juruaudit.

(3) Selepas setiap penghujung tahun kewangan, sejurus sahaja akaun-akaun Kumpulan Wang itu diaudit, Majlis hendaklah menyebabkan dicetak dalam Warta penyata akaun dan mana-mana komen-komen yang dibuat oleh Ketua Juruaudit mengenai penyata tersebut atau mengenai apa-apa akaun-akaun Majlis.

(4) Peruntukan-peruntukan Enakmen Badan-Badan Berkanun (Peruntukan-peruntukan Tambahan) 1997 hendaklah terpakai bagi Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.