ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 10 - DARIHAL PEMBEBASAN ATAU SABITAN TERDAHULU



Seksyen 139. Alasan pembebasan atau sabitan terdahulu

(1) Alasan pembebasan atau sabitan terdahulu boleh dikemukakan sama ada secara lisan atau bertulis yang menyatakan bahawa menurut kuasa seksyen 138 tertuduh tidak boleh dibicarakan.

(2) Alasan sedemikian boleh dikemukakan bersama dengan apa-apa alasan lain, tetapi isu yang ditimbulkan oleh alasan sedemikian hendaklah dibicarakan dan dibereskan sebelum isu-isu yang ditimbulkan oleh alasan lain itu dibicarakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.