ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur dalam Perbicaraan Jenayah



Seksyen 107. Tangkap tanpa waran.

(1) Walau apa pun peruntukan undang-undang bertulis yang lain, mana-mana pegawai polis atau Pegawai Penguatkuasa Syar'iah boleh menangkap tanpa waran-

(2) Tidaklah boleh mana-mana orang yang diberi kuasa menangkap di bawah subseksyen (1) membebaskan mana-mana orang yang ditangkap olehnya kecuali dia telah menandatangani bon untuk hadir di hadapan Mahkamah apabila dikehendaki.

(3) Jika seseorang yang telah ditangkap tanpa waran tidak dibebaskan di bawah subseksyen (2), dia hendaklah, dengan tidak lengah-Iengah lagi dan walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam daripada masa dia ditangkap, tidak termasuk masa yang diperlukan untuk perjalanan, dibawa ke hadapan Mahkamah.

(4) Apabila seseorang itu dibawa ke hadapan Mahkamah, Mahkamah boleh sama ada menghendaki orang itu menandatangani bon, dengan penjamin atau tidak, untuk dia hadir di hadapan Mahkamah apabila dikehendaki, atau boleh memerintahnya ditahan dalam jagaan di bawah waran yang dikeluarkan oleh Mahkamah dalam borang yang ditetapkan sehingga dia dibicarakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.