ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN VII - HADHANAH



Seksyen 69. Orang-orang yang berhak kepada hadhanah.

(1) Tertakluk kepada seksyen 70, ibu adalah paling berhak dari segala orang untuk menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam pernikahan dan selepas pernikahan dibubarkan.

(2) Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu hilang kelayakan menjadi hadhanah, maka hadhanah itu hendaklah berpindah kepada orang-orang yang ditetapkan oleh Hukum Syarak.

(3) Jika ada beberapa orang dari keturunan atau peringkat yang sama dan kesemuanya sama berkelayakan dan bersetuju menjaga anak itu, hadhanah hendaklah diamanahkan kepada orang yang mempunyai sifat-sifat paling mulia dan yang menunjukkan perasaan paling kasih sayang kepada anak itu, dan jika kesemuanya sama mempunyai sifat-sifat kemuliaan dan menunjukkan perasaan paling kasih sayang, maka yang tertua antara mereka adalah berhak mendapat keutamaan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.