ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 3 - PENYEMAKAN



Seksyen 171. Mendengar pihak-pihak semasa penyemakan.

Tiada pihak mempunyai apa-apa hak untuk didengar, sama ada olehnya sendiri atau Peguam Syarienya, di hadapan mana-mana Mahkamah yang menjalankan bidangkuasa penyemakan tetapi Mahkamah itu boleh, jika difikirkan patut, mendengar mana-mana pihak sama ada olehnya sendiri atau melalui Peguam Syarienya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.