ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 3 - FAKTA YANG TIDAK PERLU DIBUKTIKAN



Seksyen 45. Fakta yang diakui tidak perlu dibuktikan.


(1) Tertakluk kepada seksyen 17 (2) tidaklah perlu dibuktikan dalam mana-mana prosiding apa jua fakta yang pihak atau wakil mereka dalam prosiding itu bersetuju hendak mengaku apabila diadakan perbicaraan itu atau yang sebelum diadakan perbicaraan itu, mereka bersetuju hendak mengaku dengan sesuatu surat yang ditandatangani oleh mereka, atau yang menurut sesuatu kaedah pliding yang berkuatkuasa pada masa itu mereka adalah disifatkan telah mengaku melalui pliding mereka.

(2) Mahkamah boleh, menurut budibicaranya, menghendaki supaya fakta yang diakui itu dibuktikan dengan jalan lain daripada pengakuan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.