ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - PERATURAN-PERATURAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
SAMAN



Seksyen 28. Bentuk saman dan penyampaian.

(1) Tiap-tiap saman untuk hadir yang dikeluarkan oleh sesuatu Mahkamah di bawah Enakmen ini hendaklah bertulis seperti Borang C dalam Jadual Pertama dan ditandatangani oleh Kadi dan hendaklah mengandungi meteri Mahkamah.

(2) Saman itu hendaklah menyatakan secara am kesalahan yang dituduh dan di bawah seksyen dan Enakmen mana dia boleh dihukumkan.

(3) Saman tersebut biasanya hendaklah disampaikan oleh pegawai Mahkamah tetapi Mahkamah yang mengeluarkan saman bolehlah jika ia fikirkan patut mengarahkan ianya disampaikan oleh mana-mana orang lain.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.