ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VII - KESALAHAN



Seksyen 128. Memungut khairat tanpa kebenaran.

Seseorang yang memungut atau menjalankan sebarang usaha memungut wang atau apa-apa derma untuk tujuan khairat dengan tiada kebenaran bertulis daripada Majlis, atau cuai daripada memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh Majlis berhubung dengan perkara itu sebagaimana yang diperuntukkan dalam Enakmen ini, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan mahkamah boleh memerintahkan mana-mana wang atau harta yang dikumpulkan itu diserahkan kepada Baitulmal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.