ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 2 - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 153. Notis rayuan.

(1) Tiap-tiap rayuan hendaklah dibuat melalui notis bertulis yang hendaklah difailkan dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, di tempat di mana keputusan dirayu diberikan, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh keputusan dibuat.

(2) Setiap notis rayuan hendaklah menyatakan dengan ringkas isi penghakiman yang dirayu, hendaklah mengandungi alamat di mana apa-apa notis atau dokumen berkaitan dengan rayuan boleh disampaikan terhadap perayu ataupun Peguam Syarienya, dan, kecuali di mana notis rayuan diberi secara lisan di bawah seksyen 156, hendaklah ditandatangani oleh perayu atau Peguam Syarie.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.