ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (SELANGOR) 1999

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN BENEFISIARI



Seksyen 24. Wasiat kepada anak dalam kandungan.

(1) Sesuatu wasiat kepada anak dalam kandungan hendaklah sah dalam keadaan-keadaan yang berikut-
(2) Tertakluk kepada subseksyen (1), wasiat boleh dibuat kepada anak kandungan orang lain sekiranya anak dalam kandungan itu adalah anak yang sah menurut Hukum Syarak dari keturunan orang tertentu itu.

(3) Harta anak yang belum dilahirkan itu hendaklah disimpan oleh wali harta atau wasinya, mengikut mana yang berkenaan, sehingga dilahirkan dan selepas itu harta tersebut hendaklah diserahkan kepadanya apabila dia berkelayakan untuk menerimanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.