ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XXX - PENGHINAAN MAHKAMAH



Seksyen 220. Notis menunjuk sebab.

(1) Jika penghinaan dilakukan di hadapan Mahkamah, Mahkamah tidak perlu memberi notis kepada pesalah itu tetapi Mahkamah hendaklah menentukan bahawa pesalah itu faham maksud kesalahan yang ditohmahkan terhadapnya dan diberi peluang untuk membela dirinya dan Mahkamah hendaklah membuat catatan yang teratur mengenai prosiding.

(2) Dalam hal kes penghinaan Mahkamah yang lain, notis menunjuk sebab mengapa pesalah tidak harus dipenjarakan atau didenda hendaklah disampaikan kepada pesalah sendiri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.