ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN VIII - PLIDING



Seksyen 55. Tuntutan balas.

(1) Tiap-tiap tuntutanbalas hendaklah mengandungi perkara dan butir-butir yang sama seperti penyata tuntutan dan hendaklah ditandatangani oleh defendan atau Peguam Syarienya.

(2) Suatu tuntutanbalas tidak boleh dibuat terhadap mana-mana orang yang pada ketika itu bukan pihak dalam tindakan, tetapi, jika suatu tindakan balas dibuat, suatu perintah penyatuan boleh dibuat dalam kes-kes tertentu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.