ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 29. Bila hak mempertahankan diri mengenai tubuh bermula dan masih ada.


Hak mempertahankan diri mengenai tubuh bermula setelah sahaja suatu ketakutan yang munasabah akan bahaya kepada tubuh terbit dari sesuatu percubaan atau ugutan hendaklah melakukan kesalahan itu, walaupun kesalahan itu tidak dilakukan, dan hak itu masih ada selagi ketakutan akan bahaya kepada tubuh itu masih ada.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.