ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB VII - BIDANGKUASA MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH SYARIAH MENGENAI PERBICARAAN



Seksyen 67. Yang dituduh boleh dibicarakan di tempat di mana perbuatan dilakukan atau akibatnya terjadi.

Jika seseorang tertuduh melakukan suatu kesalahan atas sebab perkara yang telah dilakukan dan akibat yang berikutan dengannya telah terjadi, kesalahan itu boleh dibicarakan oleh Mahkamah di dalam bidangkuasa tempatan di mana perkara itu telah dilakukan atau di mana apa-apa akibat berikutan dengannya itu telah terjadi.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.