ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN XVII - RAYUAN



Seksyen 141. Alasan rayuan

(1) Dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan pemberitahuan di bawah subseksyen 139 (6), perayu hendaklah mengemukakan alasan rayuan dalam lima salinan kepada Pendaftar Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang dialamatkan kepada Mahkamah yang mendengar rayuan itu.

(2) Tiap-tiap alasan rayuan hendaklah menyatakan dengan ringkas isi penghakiman yang dirayukan itu dan hendaklah mengandungi butir-butir yang jelas tentang undang-undang atau fakta-fakta yang mengenainya rayuan itu dibuat dan, kecuali dengan kebenaran Mahkamah yang mendengar rayuan itu, perayu tidak boleh dibenarkan semasa pendengaran rayuan itu bersandar kepada apa-apa alasan selain alasan-alasan yang dinyatakan dalam alasan rayuan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.