ENAKMEN 10 TAHUN 1996
ENAKMEN KAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN SEKOLAH-SEKOLAH



Seksyen 6. Permohonan Pendaftaran.


(1) Jawatankuasa Pengurusan hendaklah membuat suatu permohonan untuk pendaftaran sekolah kepada Pendaftar.

(2) Jawatankuasa Pengurusan setelah berunding dengan Pegawai Tadbir Agama hendaklah mencadangkan kepada Pendaftar nama ahli-ahli Jemaah sekolah dalam permohonan itu.

(3) Apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (1), Pendaftar hendaklah mempertimbangkan sama ada meluluskan permohonan itu dengan atau tanpa syarat, atau menolaknya.

(4) Keputusan Pendaftar untuk menolak permohonan hendaklah disampaikan kepada pemohon melalui notis bertulis dengan menyatakan alasan penolakannya di dalam notis itu dan mulai dari tarikh yang berikutan selepas penerimaan notis itu pemohon hendaklah berhenti mengendalikan sekolah itu.

(5) Jika permohonan itu diluluskan, Pendaftar hendaklah setelah apa-apa fee yang ditetapkan dibayar, mendaftarkan sekolah itu dan mengeluarkan suatu Perakuan Pendaftaran dengan menyatakan syarat-syarat di dalamnya, jika ada.

(6) Pendaftar boleh meminda, mengubah, menambah kepada, atau membatalkan mana-mana syarat yang dinyatakan dalam Perakuan Pendaftaran tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.