ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH



Seksyen 4. Penubuhan Majlis

(1) Maka hendaklah ada suatu badan bernama "Majlis Ugama Islam Negeri Sabah" untuk membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

(2) Apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa, Majlis Ugama Islam Negeri Sabah yang wujud sebelum permulaan kuat kuasa itu menurut kuasa Enakmen terdahulu hendaklah disifatkan sebagai Majlis yang disebut dalam subseksyen (1).

(3) Segala hak, kuasa, kewajipan dan tanggungan yang sebelum Bahagian ini mula berkuat kuasa adalah terletak hak atau dipertanggungkan pada Majlis terdahulu hendaklah apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa terletak hak dan dipertanggungkan pada Majlis, kecuali mana-mana yang tidak selaras dengan peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

(4) Segala jenis harta, alih dan tak alih, yang sebelum Enakmen ini mula berkuat kuasa, adalah terletak hak pada Majlis terdahulu hendaklah, apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa, terletak hak pada Majlis tanpa dipindahkan, diserahhakkan atau dipindahmilikkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.