ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 3 - PENYEMAKAN



Seksyen 170. Kuasa ketika menyemak.

(1) Apabila, ketika menjalankan bidangkuasa penyemakannya, Mahkamah memanggil rekod prosiding atau rekod itu dirujuk kepadanya, Mahkamah boleh menjalankan mana-mana kuasa yang diberi kepadanya oleh seksyen 141, 145, 146 dan 147.

(2) Tiada perintah di bawah seksyen ini boleh dibuat yang boleh memudaratkan tertuduh melainkan dia telah diberi peluang untuk didengar, sama ada olehnya sendiri atau oleh Peguam Syarienya dalam pembelaannya.

(3) Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh dianggap sebagai memberi kuasa bahawa Mahkamah yang menjalankan mana-mana bidangkuasa penyemakan untuk menukarkan sesuatu dapatan pembebasan kepada suatu keputusan sabitan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.