ENAKMEN 10 TAHUN 1996
ENAKMEN KAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN VII - PELBAGAI



Seksyen 24. Pendakwaan.


(1) Semua prosiding jenayah berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Enakmen ini atau Kaedah-Kaedah yang dibuat di bawahnya hendaklah dimulakan dalam Mahkamah Syariah kecuali bagi kesalahan yang dinyatakan dalam seksyen 21.

(2) Tiada pendakwaan di Mahkamah Syariah boleh dimulakan tanpa kebenaran Majlis terlebih dahulu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.