ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 52. Perintah perceraian tidak boleh didaftarkan melainkan perintah mengenai nafkah, penjagaan, dsb., telah dibuat.

Tiada apa-apa lafaz talaq atau perintah perceraian atau pembatalan boleh didaftarkan melainkan jika Ketua Pendaftar berpuas hati bahawa Mahkamah telah membuat perintah atau perintah-perintah muktamad mengenai penjagaan dan nafkah anak-anak tanggungan, mengenai nafkah dan tempat kediaman isteri yang diceraikan, dan mengenai bayaran mut'ah kepadanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.