ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN III - SUBAHAT



Seksyen 40. Bila penyubahat boleh dikenakan seksaan tambahan bagi perbuatan yang disubahati dan bagi perbuatan yang dilakukan.

Jika perbuatan yang dilakukan adalah tambahan kepada perbuatan yang disubahati dan menjadi suatu kesalahan yang tertentu maka penyubahat bolehlah dikenakan seksaan bagi tiap-tiap kesalahan itu jika penyubahat itu telah mengetahui kemungkinan perbuatan tambahan itu dilakukan.

MISALAN

A. menghasut B. supaya menentang dengan kekerasan suatu tahanan-harta yang dijalankan oleh seorang pengkhidmat awam. B., oleh sebab itu, menentang tahanan-harta itu. Dalam menjalankan tentangan itu, B. dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada pegawai yang melakukan tahanan-harta itu. Oleh kerana B. telah melakukan kedua-dua kesalahan menentang tahanan-harta itu dan kesalahan menyebabkan dengan sengaja cedera parah itu, B. bolehlah dikenakan seksaan bagi kedua-dua kesalahan ini; dan jika A. telah ketahui bahawa B. mungkin menyebabkan dengan sengaja cedera parah dalam menentang tahanan-harta itu, maka A. bolehlah juga dikenakan seksaan bagi tiap-tiap satu kesalahan itu.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.